Saturday, May 24, 2014

PANDU ARAH

Dari bandar Segamat, sebelah kiri akan jumpa:
1. Masjid Jamek daerah/  traffic light/ Pejabat RISDA/ traffic light/ Asrama Pusat/ Traffic light Simpang Jabi (masuk kanan)

Dari Gemas, sebelah kiri akan jumpa:
1. Pekan Buluh Kasap/ Tmn. Yayasan/ Traffic light ke L/raya Segamat-Kuantan/ traffic light Simpang Jabi (masuk kiri)

**Dari traffic light Simpang Jabi, sebelah kiri akan jumpa:
Kuarters Guru/  Balai Raya/ (perlahankan kenderaan anda)

Di hadapan akan jumpa kedai runcit dan kedai makan di selekoh/ batu jalan JKR tertulis JABI 3.

Betul-betul di sebelah tanda jalan JKR tersebut ada satu simpang kiri. Masuk simpang itu.
Naik jalan tersebut ke atas. Homestay inap kami di atas bukit, hujung jalan.

**anggaran 300m

Sunday, May 18, 2014

Terma dan syarat menginap

  1. Deposit RM50/malam diperlukan semasa tempahan dan akan dipulangkan (sekiranya tiada perkara berbangkit-rujuk no.6) ketika check out/selewat-lewatnya seminggu selepas check out. 
  2. Pembatalan tempahanyang dibenarkan  adalah 3 hari sebelum tarikh tempahan. 
  3. Pembatalan yang lebih lewat dari itu akan menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan.
  4. Pastikan rumah dlm keadaan bersih dan selamat sebelum keluar (check-out).
  5. Waktu check-in ialah 2 ptg dan waktu check-out ialah 12 tghari.
  6. Di larang membuat kebisingan melampau hingga mengganggu jiran tetangga.
  7. Barangan dan kemudahan di homestay adalah milik tuan rumah dan dilarang bagi penyewa merosakkan atau mengambilnya. 
  8. Setiap kerosakan atau kehilangan barang/kemudahan hendaklah dibayar ganti rugi mengikut harga semasa atau yang setara dengannya, atau akan mengakibatkan kehilangan deposit atau kedua-duanya sekali.
  9. Dilarang melakukan perkara yang menyalahi syariat seperti merokok, perbomohan, minuman keras, perlakuan sumbang, berjudi dan sebagainya.
  10. Dilarang membawa haiwan/serangga/unggas ke Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  11. Di larang membawa senjata berbahaya ke Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon. 
  12. Di larang melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang di Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  13. Di larang membawa makanan yang tidak halal ke dalam Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  14. Parkir kenderaan anda di homestay, agar tidak menghalang lalulintas jiran tetangga. 
  15. Pihak pengurusan Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon berhak untuk melihat perakuan nikah penginap (sekiranya perlu).
  16. Pihak pengurusan Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon berhak untuk membatalkan penginapan mana-mana penginap yang melanggar peraturan.
  17. Bersama-samalah mengamalkan nilai-nilai murni dalam bermasyarakat dan menghormati hak sesama manusia supaya kita sama-sama memperoleh redha Allah. Insya-Allah.

Friday, May 16, 2014

Gambar-gambar Homestay inap Ustazah Zainon, Segamat, Johor

   
Pintu masuk utama Homestay inap Ustazah Zainon, Segamat.


Tangga naik ke tingkat atas

Bilik tidur 1 (tingkat atas)


Parkir bersimen dan berbumbung (1 kereta)

Pandangan tempat parkir tidak berbumbung




    
Dapur dan ruang makan


 
Tandas dan b.mandi umum



Tandas dan b.mandi (bersambung dgn bilik tidur 3)


Bilik tidur 2


 
Ruang tamu luas dan selesa


Pintu masuk sisi rumah



Wednesday, May 7, 2014

Muqaddimah

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Salam pertemuan dari kami

Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon

Berikut adalah keterangan tentang inap kami:

  • Alamat: 57-A Kg. Bumbun, Pekan Jabi, Segamat, Johor
  • Jenis rumah: Banglo 1 1/2 tingkat dengan 3 bilik tidur
      • semua bilik tidur berkipas siling
      • bilik tidur 1 : bilik tidur bersambung bilik mandi shj (tingkat atas)
      • bilik tidur 2: bilik tidur sahaja
      • bilik tidur 3: bilik tidur bersambung b.air dan tandas
      • 2 tandas dan bilik mandi untuk umum
      • dapur
      • ruang tamu yang luas dan selesa
      • parkir utk 3 buah kereta (1 berbumbung)
  • Kadar sewa:
    • RM 200/ mlm (max 15 org. dewasa, tidak termasuk kanak-kanak, (12 tahun ke bawah). Caj RM10 akan dikenakan bagi setiap pertambahan orang)
    • RM 200/ hari - tidak bermalam (tiada had penghuni)
  • Keistimewaan Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon:
    • rumah yang baru diubahsuai khusus untuk kegunaan sebagai homestay/ inap.
    • harga yang berpatutan
    • jarak perjalanan 5 minit berkereta ke bandar Segamat, stesen bas dan keretapi Segamat, Balai Polis Segamat dan Lebuhraya Segamat/Kuantan.
    • 500m dari jalan besar KL-JB.
    • 15 minit perjalanan berkereta ke Hospital Segamat dan UiTM Segamat.
    • Sesuai sebagai penginapan berbagai majlis seperti rombongan pengantin, Hari Keluarga, lawatan sekolah/universiti, pendaftaran Uitm/ konvokesyen, menziarahi pesakit, percutian keluarga dan sebagainya.


blog ini diselia oleh www.PinkyPonkyPrincess.blogspot.com