Sunday, May 18, 2014

Terma dan syarat menginap

  1. Deposit RM50/malam diperlukan semasa tempahan dan akan dipulangkan (sekiranya tiada perkara berbangkit-rujuk no.6) ketika check out/selewat-lewatnya seminggu selepas check out. 
  2. Pembatalan tempahanyang dibenarkan  adalah 3 hari sebelum tarikh tempahan. 
  3. Pembatalan yang lebih lewat dari itu akan menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan.
  4. Pastikan rumah dlm keadaan bersih dan selamat sebelum keluar (check-out).
  5. Waktu check-in ialah 2 ptg dan waktu check-out ialah 12 tghari.
  6. Di larang membuat kebisingan melampau hingga mengganggu jiran tetangga.
  7. Barangan dan kemudahan di homestay adalah milik tuan rumah dan dilarang bagi penyewa merosakkan atau mengambilnya. 
  8. Setiap kerosakan atau kehilangan barang/kemudahan hendaklah dibayar ganti rugi mengikut harga semasa atau yang setara dengannya, atau akan mengakibatkan kehilangan deposit atau kedua-duanya sekali.
  9. Dilarang melakukan perkara yang menyalahi syariat seperti merokok, perbomohan, minuman keras, perlakuan sumbang, berjudi dan sebagainya.
  10. Dilarang membawa haiwan/serangga/unggas ke Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  11. Di larang membawa senjata berbahaya ke Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon. 
  12. Di larang melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang di Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  13. Di larang membawa makanan yang tidak halal ke dalam Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon.
  14. Parkir kenderaan anda di homestay, agar tidak menghalang lalulintas jiran tetangga. 
  15. Pihak pengurusan Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon berhak untuk melihat perakuan nikah penginap (sekiranya perlu).
  16. Pihak pengurusan Homestay Inap Segamat Ustazah Zainon berhak untuk membatalkan penginapan mana-mana penginap yang melanggar peraturan.
  17. Bersama-samalah mengamalkan nilai-nilai murni dalam bermasyarakat dan menghormati hak sesama manusia supaya kita sama-sama memperoleh redha Allah. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment